Sdr. Rebin Bin Birham mengucapkan penghargaan dan terima kasih kepada Majlis Kepimpinan Negeri Sembilan kerana memberi kepercayaan kepada AJK AMKNS sebagai pelaksana program Dato Seri Anwar Ibrahim semalam.
"Saya sebagai ketua Amkns mengucapkan tahniah dan ribuan terima kasih kepada semua petugas yang banyak membantu sama ada secara langsung ataupun tidak disepanjang program." ujar beliau.
Beliau berharap agar seluruh jawatankuasa dapat memberikan kerjasama yang lebih jitu dalam setiap program yang akan dilaksanakan oleh Angkatan Muda Negeri Sembilan. Harapan beliau agar program ini akan memberikan semangat dan iltizam di sepanjang kempen pilihan raya Bagan Pinang sehinggalah kita akan mencapai matlamat merampas Dewan Undangan Negeri tersebut.
Wednesday, September 16, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Terima kasih kepada semua petugas-petugas yang menjayakan program tersebut terutama sdr.saufi yang telah berhempas pulas untuk menjayakan dan meneruskan perancangan aktiviti. Tahniah!!!
ReplyDeleteBagan Pinang: Ceramah Anwar kurang sambutan, kata Khairy
ReplyDeleteSep 18, 09 5:52pm
Ceramah ketua umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dua, tiga hari lalu di Bagan Pinang yang kurang sambutan, memberikan gambaran bahawa sokongan kepada BN masih lagi di tahap yang kuat, kata Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin.
Namun, katanya, BN tidak akan mengambil mudah persiapan menghadapi pilihan raya kecil DUN tersebut pada 11 Oktober ini, meskipun sudah ada petanda awal bahawa usaha parti pembangkang untuk menawannya, tidak akan berhasil.
Katanya, BN yakin akan terus mendapat sokongan padu pengundi di kawasan tersebut selepas kempen awal parti pembangkang di situ baru-baru ini tidak mendapat sambutan.
"Tetapi kita tidak akan ambil mudah, kempen kita akan bergerak 100 peratus dari sekarang dan Pemuda akan menghantar jentera agak besar, dari peringkat tempatan, Negeri Sembilan dan negeri lain," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan sumbangan hari raya kepada petugas di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi di ibunegara hari ini.
Menurutnya, hasil laporan daripada mesyuarat Badan Perhubungan Umno Negeri Sembilan hari ini yang dipengerusikan oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin jelas menunjukkan jentera pilihan raya BN kini telah benar-benar sedia di setiap peringkat.
Khairy berkata, mesyuarat penyelarasan itu telah mengenal pasti beberapa strategi yang akan diguna pakai bagi kempen kali ini termasuk daripada segi penerangan, mengenal pasti pengundi dan lain-lain.
Bagaimanapun baginya, apa yang paling penting keyakinan untuk BN mengekalkan tradisi kemenangan kerusi itu adalah berdasarkan kesungguhan, komitmen, perpaduan di peringkat Umno Bahagian Teluk Kemang dan di peringkat Umno Negeri Sembilan itu amat baik bagi memiliki jentera yang kuat.
Pilihan raya kecil kawasan itu akan diadakan pada 11 Okt dan penamaan calon pada 3 Oktober. Ia diadakan berikutan kematian Azman Mohammad Noor dari BN pada 4 September lepas akibat jangkitan dalam darah.
Sementara itu, mengulas mengenai program sumbangan hari raya Pemuda Umno hari ini, beliau berkata itu adalah sebahagian daripada pendekatan turun padang yang diperkenalkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.
Selain menyampaikan sumbangan kuih raya kepada petugas di IPD Dang Wangi, Balai Bomba Hang Tuah dan Unit Kecemasan Hospital Besar Kuala Lumpur, mereka turut meninjau orang ramai yang pulang ke kampung di Hentian Bas Jalan Duta.
"Bagi saya setiap sayap Umno di setiap peringkat mesti ikut jejak langkah Perdana Menteri yang sendiri telah turun ke Puduraya sampai dua kali dan tinjauan mesra di Ibu Kota ni dah banyak kali, kalau kita Pemuda Umno tidak mencontohi pendekatan Perdana Menteri maka saya rasa rakyat akan fikir Perdana Menteri seorang saja yang buat," jelasnya.
- Bernama
kata khairi..ha..ha..ha!!!
ReplyDeletekhairi ha..ha..ha..ha!!!
yg panggil beruk ketika demonstrasi bukan khairi ke? ha..ha..ha!!!
aleh-aleh, pemude grerombolan yg buat deonstrasi smpai skrg, mcmana? ha..ha..ha..!!!
klw khairilah nk jgk prcaye...pg trjun masuk longkang dgn bdk pukida tu ha..ha..ha..!!!
Jangan dilayan budak Khairi ni. Sambutan yang luar biasa pada malam ceramah DSAI memang nampak ketara walaupun tapak ceramah diubah last minute. Kalau dia kata takda sambutan memang tipu sangat la ataupun dia kena tipu bulat-bulat oleh spy dia yang datang pada malam ceramah tue. Realitinya, ceramah pakatan rakyat memang dapat sambutan yang luar biasa walaupun mereka terpaksa datang dari jauh tanoa meminta wang minyak malah mereka memberi sumbangan pula untuk kempen-kempen Pakatan Rakyat. Tak macam UMNO nak suruh orang dengar ceramah mereka, kena bagi upah, sediakan pengangkutan seperti bus atau van. Kalau tidak, yang datang dengar ceramah mereka hanya ahli UMNO cawangan saja. Malu-malu...
ReplyDeleteDapat sambutan??? kutipan pun tak balik modal...Nampak sangat tipu....Hahahahahaha..Setakat banyak tu tak payah suruh anuar datang la...buat malu jer... Tengok ceramah mat sabu, sampai jem jalan. Hidup PAS!!!!
ReplyDelete