Friday, September 18, 2009

GOTONG ROYONG BANJIR DI KG BAGAN PINANG...








BISMILLAHHIRROHMANNIRROHIM..

18 sept 2009 /Jumaat /03.00 ptg /.... sekumpulan petugas dari Unit Amal Seremban, Telok Kemang & Skuad AMKNS telah turun bergotong royong membersihkan kawasan dan rumah penduduk Bagan Pinang yg terlibat dengan banjir akibat dari hujan lebat yang tidak berhenti selama 3 jam berterusan. Skuad AMKNS juga turut menyumbangkan bekalan makanan keperluan yang disumbangkan oleh Ahli Parlimen Telok Kemang Dato'Kamarol Baharin kepada penduduk yang terlibat dengan banjir..

Program yang turut disertai bersama Adun Paroi Yb Taufik, Pesuruhjaya Pas Negeri Sdra Zulkifli Mohd Omar dan diiringi juga bersama YDP Kawasan Telok Kemang Tuan Hj Ramli Ismail itu mendapat perhatian penduduk kampung kerana ketika itu Menteri Pembangunan Wanita keluarga Dan Masyarakat Dato Shahrizat Abd Jalil juga turut hadir ke tempat kejadian. Gerombolan itu hanya memerhatikan saja kami bergotong royong sedangkan mereka hanya datang untuk berjumpa dengan penduduk dan terus pulang setelah mendengar masaalah sahaja. Secara tidak langsung, kemenangan moral yang pertama bagi Pakatan Rakyat dalam menghadapi PRK Bagan Pinang.

Ini adalah berikutan tindakan drastik pimpinan AMKNS spt Sdra Rebin dan Sdra Azizi yang mengarahkan jawatankuasa supaya turun padang bersama dengan Unit amal bagi menunjukkan semangat sebenar barisan pejuang Pakatan Rakyat dalam membela dan membantu rakyat yang berada dalam kesusahan. Insyaalah, program ini akan berterusan sehingga bila-bila dan kami sendiri yang berada dalam Jemaah AMKNS akan terus berkhidmat dan berjuang untuk rakyat.

LWN TTP LWN!!!!

sikit lagi!!!

No comments:

Post a Comment