Thursday, September 3, 2009

Mesyuarat AMKNS Kali Ke-2...






Alhamdulillah....

syukur ke hadrat Illahi kerana dengan izinnya sekali lagi AMKNS berjaya mengadakan mesyuarat kali ke-2 dengan jayanya.

Walaupun mesyuarat mungkin satu perkara yang dipandang enteng tetapi bagi barisan AMKNS yang baru, ini adalah satu kejayaan moral bagi kami dan jelaslah bahawa barisan baru AMKNS kini benar-benar ingin menuju perubahan selaras dengan moto Parti "HARAPAN BARU UNTUK MALAYSIA".
mesyuarat malam tadi banyak berkisar kepada post mortem program MEMERDEKAKAN RAKYAT DARI H1N1" di Ampangan dan beberapa cadangan program yang menjurus kearah kemasyarakatan. Beberapa siri program yang telah diputuskan malam tadi akan saya paparkan nanti sebagai rujukan dan susulan bagi jawatankuasa dan mereka -mereka yang terlibat.

akhirnya sebagai perangsang dan semangat, kami mengharapkan mereka-mereka diluar sana yang inginkan demokrasi, keadilan, ketelusan, menentang penindasan, kestabilan politik dan negara , kami warga AMKNS amat mengharapkan doa dan sokongan yang berterusan agar kami terus tabah dan tidak sesekali berundur dalam medan perjuangan ini insyaalah...

REFORMASI!!!! REFORMASI!!!! REFORMASI!!!!

No comments:

Post a Comment