Monday, September 14, 2009

Pemuda Umno: MIC biadab kecam Dr Mahathir


dipetik daripada Malaysiakini.com
Kecaman terhadap bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad pada perhimpunan agung MIC semalam adalah melampau danamat biadab, kata Naib Ketua Pergerakan Pemuda Umno Malaysia Datuk Razali Ibrahim.

Beliau berkata tindak-tanduk seumpama itu bukan budaya BN dan MIC perlu bertanggungjawab untuk mengambil tindakan.

"Tindakan perlu dikenakan oleh BN jika pimpinan MIC membiarkan perkara itu berlalu begitu sahaja."Ia mesti diambil demi menjaga kerukunan dalam BN," katanya dalam satu kenyataan.

Beberapa akhbar hari ini melaporkan bahawa Dr Mahathir telah dikritik para perwakilan MIC pada perhimpunan itu kerana dikatakan mencampuri urusan dalaman MIC serta menjatuhkan maruah presiden parti itu Datuk Seri S Samy Vellu.

"Pergerakan Pemuda Umno berpandangan bahawa tindak-tanduk sebegini tidak membantu mengalihkan pandangan masyarakat kepada kedudukan MIC yang sebenarnya," kata Razali, yang juga timbalan menteri belia dan sukan.

Kerukunan parti-parti komponen BN akhir-akhir ini telah diuji dan ia semacam petunjuk dari Tuhan. MCA terus berkonflik dalaman yang memperlihatkan pertentangan ketara antara kem Ong Tee Kiat dengan kem Timbalan Presiden MCA yang dipecat, Dr Chua Soi Lek. Apakah EGM MCA nanti bakal mencetuskan perpecahan kepada MCA?

MIC yang baru sahaja selesai pemilihan agungnya telah berselisih & "bersengketa" dengan Pemuda Umno...

Apakah BN mampu menanggani permasalahan & keributan politik yang sedang berlaku dalam BN? sedangkan Pilihanraya Kecil Bagan Pinang telah menanti.

Apakah pertarungan kali ini adalah penamat kepada BN khususnya Umno? Perhimpunan Agung Khas Umno akan berlangsung pada 13 Oktober 2009 iaitu dua hari selepas PRK Bagan Pinang. Bagaimanakah situasinya seandainya calon Umno tewas dalan pilihanraya yang menjadi penentu hidup mati Umno di arena politik Malaysia?

Pastinya rabak dan parah.

No comments:

Post a Comment