Monday, September 21, 2009
Kedai Makan Ibu Tunggal Terbakar!!! AMKNS Turun Padang!!!
Bismillahhirrohmanirrohim...
Isnin / 21 Sept 2009 / 02.00ptg...Beberapa orang wakil dari AMKNS telah turun melawat mangsa kebakaran kedai makan( Puteri Tomyam )kepunyaan Puan Rosmala Mansor, seorang ibu tunggal di Permai Park berhampiran dengan KPJ hospital. Ketika kami sampai ke tempat kejadian, keadaan kedai telah 90 peratus terbakar dengan berbagai bagai peralatan dapur serta kelengkapan restoran telah habis dijilat api.
mengikut cerita Puan Rosmala, pada jam 11 malam semalam sebelum pulang dari kedai semuanya berada dalam keadaan baik dan sempurna tetapi pada jam 2 pagi salah seorang saudaranya menghubungi memberitahu bahawa kedai makannya telah terbakar dan mereka sekeluarga bergegas ke tempat kejadian. Malangnya tiada apa yang mereka boleh lakukan dan tiada apa yang sempat diselamatkan. mereka hanya boleh memandang dengan perasaan yang sedih dan redha dengan ketentuan illahi.
Puan Rosmala sekeluarga tinggal di taman Oakland berhampiran dengan tempat kedai makan mereka.Rumah yang mereka tinggal adalah rumah sewa dengan kadar bayaran sewa sebanyak rm 400 sebulan, juga mempunyai sebuah kereta kancil untuk urusan perniagaan dengan bayaran pinjaman sebanyak rm300 sebulan. Mempunyai anak seramai 6 orang yang mana 3 orang masih bersekolah lagi dan 3 org lagi membantu beliau di kedai makannya. Sememangnya yang amat mengharukan adalah sumber pendapatan keluarga ini seratus peratus bergantung kepada hasil perniagaan kedai makan mereka. kini, mereka benar-benar tiada tempat bergantung. Kebetulan pula, semua peralatan sekolah, pakaian-pakaian harian mereka sekeluarga juga disimpan di dalam kedai. Tanah yang mereka duduki ini juga adalah tanah TOL yang mana perjanjiannya telah hampir tamat. Kerugian punca daripada kebakaran ini menjangkau ke rm15,000.
Puan Rosmala yang ketika ditemui memberitahu bahwa dia adalah bekas ketua wanita UMNO Cawangan Kg Bukit Chedang. Beliau menyatakan perletakan jawatannya dalam UMNO adalah kerana ketidakpuasan hati UMNO yang semakin tidak relevan dalam memenangi hati rakyat. Berbagai-bagai penyelewengan dan salah laku yang dilakukan oleh pimpinan UMNO secara terang terangan mengakibatkan beliau nekad untuk keluar dari Parti UMNO.
Setelah berbincang dengan pimpinan AMKNS, maka keputusan kami adalah keluarga ini harus dibantu dengan kadar segera dan beberapa bantuan akan disalurkan sementara menunggu tindakan selanjut dari pimpinan Pakatan Rakyat dari DAP dan PAS. Tindakan selanjut akan dibincangkan dalam masa terdekat ini bagi pihak AMKNS sendiri akan berusaha untuk membantu sekadar kemampuan kami insyaallah...
Akhir kata, kepada sesiapa yang ada melayari blog kami ini, sekiranya ingin membantu sila hubungi saya Saufi pada talian yang dilampirkan di tepi blog ini. Bersamalah kita membantu mereka yang memerlukan, kelak akan dibalas Allah SWT samaada di dunia dan akhirat..
LWN TTP LWN!!!
sikit lagi....
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment