innalillahiwainnailaihirojiun...
Takziah kpd keluarga Allayarham YB Azman Mohd Noor bekas Adun Bagan Pinang yg telah kembali ke rahmatullah pada 4 sept 2009 hari Jumaat. kami warga AMKNS mendoakan agar Allayarham diampunkan dosa ketika hayatnya sepanjang digelar khalifah dimuka bumi ini. aminnn!!!
Semalam, beberapa wakil warga AMKNS turut hadir di rumah Allayarham untuk melawat bersama sama dengan pimpinan Keadilan & Pakatan yang lain. antara wakil AMKNS yang hadir spt, saudara fuad dari ampangan, sdra Sani dari Rembau, sdra Azizi juga dari Rembau, Sdra Nizam (Ust Akhil Hayy) dari Telok Kemang, Sdra Amirudin Ketua Amk Telok Kemang, & sdra Muhd Saufi Telok Kemang. Sempat juga kami menyampaikan ucapan salam takziah kepada keluarga Allahyarham mewakili AMKNS dan Ketua AMKNS.
Antara Pimpinan Keadilan & Pakatan Rakyat yg hadir melawat jenazah adalah, Dato' Kamarol Baharin Abbas selaku ahli Parlimen Telok Kemang merangkap Pengerusi Perhubungan Parti Keadilan Rakyat Negeri Sembilan, YB Ravi Adun PD Bandar, YB Aminnudin Adun Sikamat, YB Rashid Latiff Adun Ampangan, Sdra Chegubard MPP Keadilan, YB Taufik Adun Paroi dan Yb Dato' Paduka Hj Husam Musa Adun Kubang Kerian. Ramai tetamu yang hadir merasa hairan dan juga agak terperanjat memandangkan Adun-Adun dari Pakatan yang hadir, lebih ramai dari pimpinan BN yang datang ketika jenazah masih dirumah ibunya dan di kawasan perkuburan. sebelum itu, Sdra Amir juga telah memanggil kesemua AMK Telok Kemang untuk bersama sama hadir dlm kunjungan tersebut.
Bagi agenda seterusnya, seharusnya kita maklum bahawa sememangnya sudah termaktub dlm perlembagaan sekiranya berlakunya kekosongan kerusi, maka berlakulah pilihanraya yang akan ditetapkan oleh barisan SPR selaku defendan kerajaan Barisan Nasional. Maka dengan itu, bermulalah perang pilihanraya antara dua puak yang menjulang keadilan & prinsip perlembagaan dengan Kerajaan yang toghut dan mengutamakan penindasan serta kezaliman.
Sehubungan dengan itu, Ketua AMKNS sdra Rebin Birham telah bertindak memanggil kesemua jawatankuasa untuk hadir dalam satu mesyuarat tergempar khas utk persediaan menghadapi PRK di dalam kawasan jajahan kita di kawasan Bagan Pinang, Port Dickson.
perhatian:-
- Tarikh: 09 sept 2009
- Hari : Rabu
- jam : 09.15 mlm
slm reformasi...!!!!!
Hidup..Hidup..Hidup Rakyat....
ReplyDeleteRamai YB pakatan rakyat yang hadir pada hari tu malah lebih ramai dari YB BN. Ini membuktikan bahawa pakatan rakyat amat perihatin kepada masyarakat. Kepada YB-YB BN, contohilah sikap yang ditunjukan oleh kepimpinan Pakatan Rakyat.
ReplyDelete