Monday, November 30, 2009

Warga Felda Prihatin: melaksana tanggungjawab membela warga Felda

PKR Negeri Sembilan tidak ketinggalan dalam usaha membela nasib rakyat di kawasan-kawasan Felda di Negeri Sembilan. Atas tanggungjawab itu, satu badan bebas iaitu Warga Felda Prihatin telah diwujudkan bagi melaksanakan tanggungjawab membela nasib warga Felda negeri ini.

Rakyat negeri ini masih tidak menyedari kewujudan badan ini dalam memacu kepentingan rakyat di kawasan-kawasan warga Felda. Masalah utama yang sering membebani wara peneroka Felda meliputi pelbagai sudut yang akhirnya memerangkap kehidupan mereka. Atas bebanan masalah yang dihadapi ramai warga peneroka mudah ditipu dan 'diperhambakan' oleh tindakan-tindakan yang meragut keadilan sosial mereka.

Seiring dengan kewujudan Biro Hal ehwal Peneroka PKR Pusat, Warga Felda Prihatin akan menjadi pemangkin membela warga peneroka Felda di Negeri Sembilan.

Sebagai makluman penting, pejuang-pejuang sosial bagi warga peneroka Felda dari PKR Negeri Sembilan dipimpin sendiri oleh anak-anak peneroka Felda itu sendiri iaitu saudara Haji Muhamad Kamel Yasin yang berasal dari Felda Sendayan, saudara Rebin Birham (Ketua AMK NS) yang berasal dari Felda Palong, Haji Baharuddin Arif dari Felda Bukit Rokan dan Kapten (B) Zolkapli Kassim dari Felda Bukit Jalor, Tampin.

Coretan Petang

oleh CAM (cetusan anak muda)

"Felda yang jadi penyumbang ekonomi kedua terbesar negara lepas Petronas. Kira Felda pun macam beri makan pada rakyat Malaysia...."

Terkenang saya kepada ayat di atas ketika mengunjungi rumah seorang sahabat di Felda Jengka 18 di Jengka, Pahang dua tahun yang lalu. Bapa kepada sahabat saya ini seorang penyokong totok Umno dan terlibat sebagai AJK cawangan. Beliau begitu marah kepada golongan muda yang sudah tidak menyokong Umno termasuk saya. Sahabat saya awal-awal lagi berpesan "Bapak aku ni kuat Umno, semua betul jer kat Umno tu, tak payahlah kau cerita politik pembangkang kat dia."

Namun, hati saya keras hendak juga melihat dan menilai sekuat mana bapa sahabat saya ini berhujah mempertahankan parti totok kesayangan beliau itu.

Seketika sedang beliau rancak membicarakan Felda hebat itu ini, lalu saya bertanya;
"Mintak maaflah pakcik, nak tanya kalau Felda tu penyumbang ekonomi kedua terbesar Malaysia, kenapa di kawasan Felda Jengka 18 ni bergelap jer takde lampu jalan?"

Lalu dengan segera dijawab oleh bapa sahabat saya ini;
"Kalau nak pasang lampu, nanti peneroka sini yang kena bayar!"...jawab dengan yakin...

Sekali lagi saya bertanya;
"Ait..pelik tu! Pakcik kata Felda penyumbang ekonomi kedua terbesar dan beri rakyat Malaysia makan tapi takkan lampu jalan dalam Jengka 18 ni pun peneroka jugak yang kena bayar???".

Jawapan yang sama juga dijawab oleh orang tua ini dan ditambah; "lagi pun susah peneroka nak dapatkan lampu jalan."

Saya membalas; "Pakcik kan AJK Umno kawasan ni...takkan tak boleh dapat bantuan untuk lampu jalan!?"..sedikit menyindir...

Terdiam seketika bapa sahabat saya itu...memikir seketika jawapan yang hendak diluahkan kepada saya. Kemudian dia membalas;
"Perkara begini nak kena bincang dalam mesyuarat dulu, dah setuju baru mesyuarat pulak dengan pengurusan Felda Jengka 18."

Tanpa menunggu panjang, saya terus memotong hujah petang itu; "Pakcik, bayangkanlah saya ni orang luar...tak biasa dengan laluan di kawasan ni...bawak kereta..dan kalau lalu waktu malam dah tentunya gelap laluan masuk di sini...buat terlanggar anak-anak orang kawasan ni dah susah pulak jadinya.."

sambung saya lagi; "lagi pun untuk kemudahan dan keselamatan orang-orang kawasan ni jugak...sekurang-kurangnya nampaklah orang lalu lalang...kalau Felda kaya raya sampai boleh nak buat Menara Felda tapi nak sediakan kemudahan lampu jalan pun tak boleh...MAKNAnya pakcik kena tipulah....jadi AJK Umno pun takde ikhthiar nak dapat lampu jalan...peneroka terbiar takde kemudahan asas..apalah ertinya status penyumbang ekonomi kedua terbesar negara? Kalau pakcik dok diam jer macam ni, silap-silap peneroka semua berlaparlah..yang kenyang pengurusan kawasan ni."

Bapa sahabat saya itu terus termenung jauh...mungkin marah dengan jawapan saya atau mungkin pencerahan tiba-tiba menerjah akal fikirannya. Akhirnya perbualan itu mati tanpa ada balasan hujah...dan sahabat saya muncul semula dan bertanya; "Apa yang kau 'bambu' bapak aku tu?"...saya jawab ; "Ada lah...aku beri bapak kau 'clear' sikit..."
Tanya lagi sahabat saya; "Clear apa?"
Jawab saya; "Kau tanya sendirilah...kakakakaka"

Didoakan dengan segala rahmat dan izinNYA, semua umat Islam (termasuk peneroka Felda) dibebaskan fikiran dan diri mereka daripada terus diperhambakan manusia dan kezaliman. Amin.

Friday, November 20, 2009

Konvensyen PKR Negeri Sembilan 2009


PKR Negeri Sembilan akan menganjurkan satu konvensyen khas kepada anggota partinya pada hari Ahad ini. Semua anggota parti seluruh Negeri Sembilan dijemput hadir ke konvensyen ini.

Konvensyen akan bermula jam 9.00 pagi. Para anggota parti diminta hadir awal pagi kerana pendaftaran peserta akan bermula jam 8.00 pagi.

Ketua Umum, Dato' Seri Anwar Ibrahim akan menyampaikan ucapan amanatnya pada hari tersebut.

Pindaan Perlembagaan Umno mengukuhkan politik wang.

Perwakilan Umno hanya mengambil masa satu setengah jam untuk membahas dan seterusnya meluluskan pindaan perlembagaan parti tersebut di perhimpunan khas yang berlangsung pada 13 Oktober lalu. Tema perhimpunan “Menjana Transformasi” telah digebang-hebahkan oleh media sebagai suatu perluasan demokrasi dalam parti ini.

Namun begitu jika pindaan tersebut diamati dan diperhalusi terutama bagi perkara hak ahli Umno memilih kepimpinan pusat menjadi lebih terhad dan sebenarnya TIDAK melibatkan SEMUA tiga juta ahlinya tetapi sebahagian sahaja yang akan terlibat.

Rasionalnya, sebagaimana yang dimaklumkan oleh Dato’ Seri Hishamuddin Hussein selaku Pengerusi Jawatankuasa Pindaan Perlembagaan Umno menyebut 95,500 orang perwakilan daripada 191 Bahagian Umno seluruh Malaysia dan 51,000 orang perwakilan dari 17,000 cawangan Umno seluruh Malaysia yang terdiri daripada ketua-ketua sayap parti (Ketua Pemuda, Wanita & Puteri) akan terlibat dalam proses pemilihan kepimpinan parti. Jumlah tersebut melibatkan 146,500 orang perwakilan keseluruhannya daripada tiga juta ahli Umno seluruh Malaysia!

Umno dengan bangganya mentakrifkan parti ini telah meluaskan demokrasi kepada ahlinya dalam pemilihan kepimpinan tetapi berdasarkan maklumat dinyatakan jelas ia telah mengehadkan walaupun hak memilih kepimpinan pusat telah melibatkan bahagian dan cawangan. Tujuan pindaannya memang baik dan ingin menghalang politik wang berlaku namun pindaan ini lebih memperlihatkan kawalan terus perwakilan-perwakilan yang terlibat dalam pemilihan. Ia sebenarnya akan lebih merancakkan politik wang yang sudah sedia subur dalam pemilihan Umno.

Berbeza dengan PKR yang lebih awal melaksanakan perluasan demokrasi dalam parti melalui pindaan perlembagaannya di Kongres Nasional Khas yang berlangsung pertengahan tahun ini. Pindaan tersebut melibatkan istilah-istilah parti seperti bahagian menjadi cabang, ranting (cawangan), anggota (ahli) dan hak memilih yang diluaskan kepada keseluruhan anggota PKR seluruh Malaysia.

Hak memilih kepimpinan pusat PKR telah diluaskan kepada 350,000 anggotanya seluruh Malaysia dan ia bermakna walaupun anggota itu bertaraf ahli biasa, ia tetap terlibat dan mempunyai hak memilih tanpa perlu menjawat sebarang jawatan dalam parti. Ia umpama pilihanraya umum dalam parti. Jelas berbeza dengan Umno yang kononnya meluaskan hak memilih kepimpinan pusat kepada ahlinya di bahagian dan cawangan tetapi HANYA melibatkan ahli-ahli yang berjawatan dalam kerangka pimpinan bahagian & cawangan.

Andainya, PKR memiliki keanggotaan seperti Umno, sudah pasti tiga juta anggota PKR layak mengundi dan memilih kepimpinan pusatnya! Pada landasan ini, PKR lebih demokratik dan progresif berbanding Umno.

Harus diingat, pindaan perlembagaan PKR dibahaskan selama 8 jam sebelum ia diterima oleh seluruh perwakilan cabang PKR. Pindaan tersebut telah menerima 90% sokongan perwakilan (daripada 1300 perwakilan yang hadir) dan 10% perwakilan menentang. Rasionalnya fakta ini, terdapat majoriti sokongan dan sebahagian menentang yang menggambarkan proses demokrasi berjalan dalam PKR dengan lancar berbanding Umno yang membahaskan pindaan perlembagaan dan disokong tanpa ada tentangan dalam tempoh satu setengah jam!

Ketakutan pimpinan utama Umno jelas kerana usul pindaan tempoh jawatan Presiden dihadkan kepada tiga penggal tidak disebut walaupun pernah dinyatakan sebelum perhimpunan khas diadakan. Logiknya, andainya benar Umno menjana transformasi dengan keseluruhan ahlinya diberi hak mengundi dan memilih kepimpinan pusat-akan pasti ada saf kepimpinan utama yang bakal tumbang dan ditolak secara total melalui undi itu. Sahihnya, Umno tidak bersedia ke arah itu.

Masih ada politikus-politikus dalam Umno yang berbisa, berpengaruh dan mempunyai sokongan kuat “ditempangkan” keupayaannya dengan syarat-syarat pertandingan seperti ‘kouta had kelayakan’. Jika hak memilih seluruh ahli berlaku dalam Umno, nescaya kejutan-kejutan yang maha hebat mengoncang Umno melampaui senario Pemilihan Umno 1988 dahulu. Mungkin lebih kencang berbanding pertelingkahan Mahathir-Anwar Ibrahim.

REBIN BIRHAM
Ketua AMK Negeri Sembilan

PKR NS sokong siapa sahaja calon Pakatan Kota Siputeh


SEREMBAN – Parti Keadilan Rakyat (PKR) Negeri Sembilan, akan menyokong sesiapa sahaja individu yang dicalonkan pucuk pimpinan tertinggi bagi bertanding di Dewan Undangan Negeri (DUN) Kota Siputeh.

Ketua Penerangan PKR Negeri, Ibrahim Yusof berkata, pihaknya akan memberi sokongan kepada sesiapa sahaja calon diletakkan, sekiranya pilihan raya kecil di DUN tersebut diadakan kelak.

“Kita di peringkat pimpinan negeri sentiasa menyokong sesiapa sahaja calon dinamakan, malah akan memberi sokongan penuh dalam setiap aktiviti berkempen.

“Tidak kira calon dari Pas, PKR atau DAP sekalipun, kita akan sokong. Soal siapa bertanding itu tidak penting, yang lebih penting kita dapat merampas kembali kerusi di Kota Seputih, sekali gus memantapkan lagi Pakatan Rakyat dalam kalangan masyarakat.

“Kita yakin, masyarakat setempat pasti akan menyokong PR, sekali gus memberi peluang kepada calon daripada PR mentadbir di kawasan berkenaan,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Sementara itu, Ketua Pemuda Angkatan Muda Keadilan (AMK) Negeri Sembilan, Rebin Birham berpendapat, pihaknya juga akan memastikan setiap perancangan dan program diatur bagi pilihan raya kecil itu kelak berjalan lancar tanpa sebarang gangguan.

Katanya, pemuda akan sentiasa bekerja keras dan bersiap sedia membantu calon bertanding bagi mengecap kejayaan.

Tambah Rebin, Barisan Nasional atau Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) tidak perlu bersusah payah membuat rayuan dan menafikan keputusan mahkamah kerana itu adalah satu kerja yang sia-sia.

“Terimalah keputusan dengan hati terbuka dan bersikaplah profesional dengan apa yang diputuskan oleh mahkamah, tidak perlu rasa takut untuk berdepan dengan pilihan raya kecil di situ,” katanya.

Monday, November 16, 2009

'Penyeludupan' RM10 juta-penjelasan MB N.Sembilan dituntut

REMBAU, 16 Nov: Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Utama Hj Mohamad Hj Hassan dituntut memberi penjelasan berhubung isu 'Penyeludupan' RM10 juta yang didakwa telah dikirim ke luar negara.

Tuntutan dibuat Ahli Majlis Pimpinan Pusat (MPP) Parti Keadilan Rakyat (PKR), Badrul Hisham Shaharin melalui satu surat terbuka kepada Mohamad Hassan.

Dalam surat bertarikh hari ini, Badrul yang juga Ketua PKR Rembau membawa maklumat Bank Negara Malaysia (BNM) mendapat bukti menunjukkan Mohamad Hassan, melalui Salamath Ali Money Changer Sdn Bhd (salah satu lesen perniagaan pengurupan wang yang didakwa dibatalkan) telah mengirim sejumlah wang yang bernilai RM10 juta ke London pada tahun 2008.

Menurutnya kegiatan itu juga telah melanggar Akta Pengurupan Wang 1998 iaitu Seksyen 30(1)(b), "… perbuatan yang melibatkan, yang berkaitan dengan, atau sebagai persediaan bagi, pengiriman atau pemindahan dana ke luar Malaysia…" dan; Seksyen 35(b), "memberikan apa-apa maklumat yang palsu dalam sesuatu butir material bagi mana-mana Akta ini".

Berikutan maklumat tersebut, beliau juga memohon dua persoalan berikut yang dianggap besar perlu dijawab.

"Adakah benar YAB Datuk Seri Utama terlibat dalam transaksi seperti maklumat yang diperolehi ? Dan kenapa ia melanggar undang – undang ?

"Bolehkah YAB Datuk Seri Utama secara telus menerangkan dari mana datangnya dana sebanyak RM10 juta dan apakah tujuan transaksi tersebut?" soalnya.

Beliau turut menyeru kepada Gabenor BNM, Tan Sri Dato’ Sri Dr. Zeti Akhtar Aziz agar menyiasat segera terhadap Salamath Ali Money Changer Sdn Bhd serta mengumumkan siapa penerima dan pengirim yang berkaitan serta tujuan transaksi yang dijalankan.

"Saya telah hilang kepercayaan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) namun kesempatan ini saya mencabar SPRM (jika ia bukan perkakas regim penguasa) menyiasat segera secara terbuka terhadap punca-punca dana sebanyak RM 10 juta yang dikirim oleh Mohd Hassan dan penerima transaksi yang ditujukan," katanya lagi.

Baliau juga memberitahu satu laporan rasmi juga akan dibuat kepada Jabatan Siasatan Jenayah Kormesial PDRM berkenaan perkara tersebut.

Turut dimuatkan dalam surat tersebut, kes-kes pengiriman wang secara haram pada tahun 2008 dan 2009 dan tindakan yang pernah dikenakan terhadap sebuah syarikat pengurup wang pada tahun 2006..

"Pada tahun 2009, telah berlaku 92 kes yang melanggar seksyen 30 dalam Akta tersebut. Perkembangan ini (pada tahun 2008, 12 kes telah meningkatkan kepada 92 kes pada tahun 2009) adalah satu fenomena yang membimbangkan.

"Ini menunjukkan bahawa pengiriman wang secara haram makin tidak terkawal.

"Manakala maklumat yang ada mendedahkan bahwa BNM mengenakan tindakan terhadap hanya satu pengirim dana yang melanggar Seksyen 30 Akta Pengurupan Wang 1998.

"Pengurupan wang ini telah dikompaun sebanyak RM50,000.00 pada tahun 2006, " katanya.

Friday, November 13, 2009

MB N.Sembilan perlu tumpu majukan ekonomi negeri

Agak pelik apabila Menteri Besar Negeri Sembilan, Dato’ Seri Mohamad Hassan membuat kenyataan media membidas Dato’ Seri Anwar Ibrahim kerana suka mengkritik pimpinan utama BN. Jarang sekali MB Negeri Sembilan ini mengeluarkan kenyataan menghentam pembangkang.

Namun AMK Negeri Sembilan tidak bersetuju dengan kenyataan MB Negeri Sembilan itu. Persoalannya, apakah kenyataan Dato’ Seri Mohamad Hassan tersebut sebagai suatu usaha ‘murni’ beliau untuk menjaga dan melindungi kedudukan politiknya yang dikira ‘terancam’ sejak Pilihanraya Kecil Bagan Pinang lalu? Kemenangan Tan Sri Isa Samad pada pilihanraya kecil tersebut dikatakan telah kembali mengoncang kedudukan politik beliau di Negeri Sembilan. Sudah kedengaran desus-desus kedudukan MB negeri ini akan bertukar!?

Kenyataan Mohamad Hassan itu telah cuba mengalih perhatian rakyat terhadap ‘kegoncangan’ politik Umno-BN Negeri Sembilan. Ia seolah-olah kepimpinan beliau tidak diganggu gugat dan stabil. Dalam tempoh beliau menjawat jawatan Menteri Besar, tidak banyak kepesatan ekonomi yang berlaku dalam negeri ini. Rakyat Negeri Sembilan juga tidak lupa apabila ramai pelabur-pelabur asing tidak lagi meneruskan pelaburan dalam negeri sehingga banyak kilang di kawasan perindustrian Senawang dan Nilai ditutup. Hasilnya ramai rakyat dalam negeri ini diberhentikan kerja atau kehilangan pekerjaan.

Walaupun terdapat perubahan landskap khusus di sekitar Seremban (wujudnya lingkaran lebuhraya Seremban) tetapi rakyat masih tidak mendapat manfaat ekonomi yang pesat. Kedudukan Negeri Sembilan yang berhampiran dengan KLIA dan Lembah Kelang sepatutnya mewujudkan kerancakan ekonomi tetapi negeri ini tidak mengalami krancakan dan kepesatan tersebut. Malah negeri Melaka dilihat lebih maju terkedepan dari Negeri Sembilan dengan keyakinan pelabur-pelabur melibatkan pelaburan mereka di situ. Ini yang harus ditangani oleh MB Negeri Sembilan dan perlu membuktikan 52 tahun BN memerintah Negeri Sembilan sepatutnya negeri ini telah maju ekonominya dan bukan sekadar berpuashati dengan tahap sedia ada. Buktinya ramai rakyat negeri ini bekerja di sekitar Lembah Kelang walaupun menetap di Seremban kerana tidak ada kerancakan ekonomi yang menyakinkan.

Peranan Dato’ Seri Anwar Ibrahim di Parlimen sebagai Ketua Pembangkang bukan sekadar mengkritik dan menghentam pimpinan kerajaan BN membuta tuli. Kepentingan ‘check & balance’ sebagai memastikan kelancaran dasar-dasar ekonomi dijalankan dengan baik dan cekap oleh kerajaan memerintah. Segala ketirisan, ketidakseimbangan dan kelemahan perlaksanaan dasar-dasar perlu dipantau,ditegur dan diperbaiki. Maka, inilah peranan pembangkang khususnya Ketua pembangkang mengetengahkan kepada pemerintah dan ketahui umum.

Pihak Pakatan Rakyat Negeri Sembilan melalui ADUN-ADUN PR juga berkeupayaan membantu, menyampaikan idea-idea memulihkan ekonomi negeri ini dan sedia membantu kerajaan negeri demi kesejahteraan rakyat. Idealisma mewujudkan kecekapan pemerintahan dan kemakmuran rakyat tanpa mengira fahaman politik adalah tujuan penting yang ingin disampaikan kepada pemerintah negeri. Jika ini dianggap suatu bentuk permainan politik oleh kerajaan negeri khususnya Mohamad Hassan, keupayaan menjana ekonomi Negeri Sembilan tidak akan berganjak ke arah yang lebih cekap dan produktif.

Rebin Birham.
Ketua AMK Negeri Sembilan

Thursday, November 12, 2009

Negeri Sembilan juara Piala Malaysia 2009

Juara Piala Malaysia 2009...Negeri Sembilan


Setiausaha AMK NS, saudara Zulrisyah(kanan) bersama saudara Mustafa dan saudara Nazri (ketua AMK Jelebu-belakang) yang turut sama datang ke Stadium Nasional Bukit Jalil.

Suasana di padang para pemain Negeri Sembilan meraikan kemenangan


Hobin Jang Hobin...para penyokong Negeri Sembilan di pintu masuk utama(Pintu Ungu) Stadium Nasional Bukit Jalil

AMK Negeri Sembilan merakamkan ucapan tahniah atas kemenangan pasukan bola sepak Negeri Sembilan merangkul kembali Piala Malaysia selepas 61 tahun menanti. Kali pertama Negeri Sembilan memenangi piala prestij ini ialah pada tahun 1948.

Kejayaan ini juga sebagai hadiah kemenangan kepada Tuanku Mukhriz yang baru sahaja ditabal sebagai Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan. Tuanku baginda juga turut berkenan menyampaikan piala kemenangan kepada pasukan negeri.

Wednesday, October 28, 2009


KEADILAN Rembau Fundrising and Charity Dinner
October 31, 2009
8.00 pm
Rest. Teratai, Seremban 2, Seremban

VIP guest :
Dato Zaid Ibrahim, YB Tian Chua, YB Sivarasa Rasiah, YB Elizebeth Wong & YB Ronnie Liu

Also present :
che'GuBard, YB Antony Loke, YB Taufek, YB Ravi & YB Chai Tong Chai

get RM 35 / RM 50 tickets from 0123696474 (Azizi)

please help us to help people in need.

Tuesday, October 13, 2009

Majlis Hi Tea Bersama Presiden & penduduk Kg Si Rusa (Jln Eastern)

Ketua AMK Negeri Sembilan, Rebin Birham bersama Setiausaha AMK Negeri Sembilan, Zulrisyah Zulkifli...antara tulang belakang yang menjayakan program Hi Tea bersama Presiden


Seruan Perubahan...Dato' Seri Dr. Wan Azizah Ismail ketika menyampaikan ucaptama di hadapan penduduk-penduduk Kg Si Rusa, Jalan Eastern.


Senator YB Zamri turut sama menyampaikan hadiah cabutan bertuah kepada penduduk.


Seorang penduduk yang memenangi cabutan bertuah yang disampaikan oleh Dr Wan Azizah.


Ucapan pembukaan oleh Ahli Parlimen Telok Kemang, Dato' Kamarul Baharin Abbas.

Majlis Hi Tea bersama Presiden PKR & Penduduk DM Taman Eastern pada 10 Oktober 2009 telah diadakan dengan jayanya anjuran AMK Negeri Sembilan. Kehadiran penduduk setempat yang kebanyakannya adalah pengundi telah memeriahkan program pada petang tersebut.

Turut hadir menjayakan program ialah Ketua AMK Malaysia, saudara Shamsul Iskandar Akin dan Ahli Parlimen Telok Kemang, Dato' Kamarul Baharin Abbas.

Turut membantu perjalanan program adalah AMK Rasah & Jelebu. Hasil daripada program ini, kemenangan PR telah berjaya dihasilkan di DM Taman Eastern yang sebelum ini dimenangi oleh BN. DM Taman Eastern adalah satu-satunya daripada lapan DM yang dimenangi oleh PR dalam PRK N31 Bagan Pinang lalu.

Thursday, October 8, 2009

UMNO BIADAP!!! BANGUN WAHAI PEJUANG SEMUA!!!! (PRK Bagan Pinang)


4 hari berturut turut UMNO jahanam menggunakan segala kekuatan samseng mereka dan apa yang amat dikesali adalah pihak polis juga terlibat dalam menghalalkan tidakan biadap pemuda UMNO jahanam ini. Hujahnya ialah pada malam kejadian rusuhan ala desperado itu, bermula jam 12 tghmlm sehingga jam 4 pagi tiada satu pun pihak polis kelihatan baik di pondok mereka atau dijalanraya meronda spt biasa. ketika petugas keselamatan PR ingin membuat repot, pintu pagar balai juga dikunci dari luar. kemudian bayangkan apbila kami pergi ke ibupejabat, hanya kelihatan seorang sahaja anggota yang duduk di kaunter dan balai polis lengang seolah olah premis yang sudah ditinggalkan. itupun layanan yang diberi seolah olah seperti kami yang bersalah. tidak cukup dengan itu, dihalaunya kami keluar dari balai. ini sangat jelas menteri yang berkaitan telah menggunakan kuasanya untuk menghalang polis bertugas pada masa berikut dan mengizinkan pemuda mereka membuat kacau dengan niat pilihanraya ini berjaya ditangguhkan. ini kerana maklumat yang kami perolehi bahawa UMNO tidak yakin mereka boleh memenangi pilihanraya kali ini. Pada malam kejadian, lebih kurang 300 pemuda UMNO jahanam ini telah memenuhi seluruh jalanraya di DUN bagan Pinang dan memukul siapa sahaja yang ada kaitan dengan PR. beberapa biji kereta yang mempunyai logo atau sticker parti PR juga telah dipecahkan dengan ganas oleh pemuda UMNO jahanam ini. Mereka telah dibekalkan dengan minuman keras oleh kepala-kepala mereka agar anak -anak buah mereka dapat melaksanakan kerja gila mereka dalam keadaan tidak sedar dan bersalah. beberapa kelompok dari mereka juga ada membawa pedang dan parang untuk ditetak dan dilibas kearah petugas. gambar di sebelah adalah contoh keganasan gila yang telah mereka lakukan pada malam tersebut. kepada mereka diluar, ayuh bangkit untuk bersama kami untuk hari-hari yang seterusnya dalam memberi kemenangan kepada PR dalam PRK bagan pinang ini seterusnya menghapuskan sisa-sisa UMNO yang wujud dalam Malaysia yg tercinta ini..takbir!!!

LWN TTP LWN!!!

Monday, October 5, 2009

Gambar lautan manusia yang dah faham erti perjuangan!!! (PRK bagan Pinang)


Pimpinan Turun Padang Memberi Semangat Petugas...(PRK Bagan Pinang)





KJ dah bising!!!!! Terus kan Perang!!!! (PRK BAGAN PINANG)





Masuk hari kedua selepas penamaan calon, AMKNS bersama AMK Rembau telah menaikkan satu pemidang besar berkaitan kegagalan KJ (Khairi Jamalludin ) atau UMNO khususnya yang gagal melaksanakan janji-janji palsu mereka ketika PRU 12 yang lepas. Dikhabarkan selepas pemidang atau banner itu di naikkan, malamnya itu KJ telah mengamuk kerana taiknya telah didedahkan kepada rakyat Bagan Pinang dan juga menjelang pilihanraya ini pasti akan memberi satu kesan yang amat-amat besar bagi jentera BN khususnya. Kami diberitahu oleh sahabat kami bahawa KJ mengarahkan supaya pemidang itu dibakar dengan segera agar pengundi Dun Bagan Pinang tidak sempat membacanya. Ini menunjukkan bahawa pembohongan demi pembohongan yang dilakukan pasti tidak dapat ditutup lagi kerana kemuncaknya telah tiba dan masa untuk PR telah bermula insyaalah....

Wednesday, September 23, 2009

Bantuan Susulan Dari Unit Amal Pas Kawasan Telok Kemang..
















BISMILLAHHIROHMANNIRROHIM....
rabu / 23 Sept 2009 / 01.00 tghri...Sekumpulan petugas Unit Amal Pas Kawasan Telok Kemang telah datang berjumpa dengan Puan Rosmala untuk menyerahkan sedikit bantuan dalam bentuk pakaian buat mereka sekeluarga. Mereka menyatakan mendapat maklumat berkaitan kebakaran kedai ini setelah membaca blog AMKNS dan terus menghubungi Ketua Penerangan AMKNS untuk tindakan susulan. Kedatangan mereka ini juga adalah untuk mendapatkan maklumat berkaitan dengan bentuk bantuan yang akan disusulkan kepada Pas Peringkat Kawasan Seremban dan Negeri kelak.

Diharapkan agar lebih banyak pihak yang akan tampil untuk membantu keluarga Puan Rosmala dalam proses beliau untuk meneruskan hidup bersama keluarganya nanti insyaalah...

LWN TTP LWN!!!
sikit lagi....

Tuesday, September 22, 2009

Bantuan Segera Mangsa Kebakaran..Masih Memerlukan!!!
















BISMILLAHIRROHMANNIRROHIM...

Selasa / 22 sept 2009 / 07.00 ptg... Wakil AMKNS telah menerima sedikit bantuan untuk mangsa kedai terbakar berupa barangan keperluan asas daripada seorang hamba Allah yang tidak mahu namanya diadvertisekan. AMKNS sendiri ada menghulurkan sumbangan sebanyak rm150.00 kepada ibu tunggal tersebut. Semasa menyerahkan sumbangan, Puan Rosmala tidak henti-henti mengucapkan terima kasih kerana sehingga ke hari ini, masih belum ada individu atau parti yang datang menjengok walaupun wakil dari Parlimen Rasah sekalipun. Sumbangan berbentuk pakaian juga amat diperlukan kerana semua pakaian mereka sekeluarga habis terbakar kerana pakaian disimpan didalam kedai makannya.

Hanya AMKNS sahaja yang menghulurkan bantuan ketika ini dan AMKNS sendiri amat mengharapkan agar kesemua parti dalam Pakatan Rakyat datang menjengok dan lihat apa yang harus dilakukan atau perlu dibantu terhadap Puan Rosmala sekeluarga. Jangan ketika hendak menghadapi pilihanraya baru barulah datang tergesa gesa untuk menghulurkan bantuan. Kita tidak mahu parti dalam Pakatan Rakyat ini dipandang sebagai parti hipokrit.

Esok kami dari AMKNS akan berjumpa parti PAS pula untuk memberitahu tentang isu ini dan mengharapkan agar mereka alert dengan perkara ini. Untuk memberi sumbangan kepada mangsa boleh hubungi saya sendiri atau terus ke sana berjumpa dengan Puan Rosmala.

LWN TTP LWN !!!!

sikit lagi....

Monday, September 21, 2009

Kebanggaan Malaysia Kereta F1 Versi Nazak!!


Kedai Makan Ibu Tunggal Terbakar!!! AMKNS Turun Padang!!!







Bismillahhirrohmanirrohim...

Isnin / 21 Sept 2009 / 02.00ptg...Beberapa orang wakil dari AMKNS telah turun melawat mangsa kebakaran kedai makan( Puteri Tomyam )kepunyaan Puan Rosmala Mansor, seorang ibu tunggal di Permai Park berhampiran dengan KPJ hospital. Ketika kami sampai ke tempat kejadian, keadaan kedai telah 90 peratus terbakar dengan berbagai bagai peralatan dapur serta kelengkapan restoran telah habis dijilat api.

mengikut cerita Puan Rosmala, pada jam 11 malam semalam sebelum pulang dari kedai semuanya berada dalam keadaan baik dan sempurna tetapi pada jam 2 pagi salah seorang saudaranya menghubungi memberitahu bahawa kedai makannya telah terbakar dan mereka sekeluarga bergegas ke tempat kejadian. Malangnya tiada apa yang mereka boleh lakukan dan tiada apa yang sempat diselamatkan. mereka hanya boleh memandang dengan perasaan yang sedih dan redha dengan ketentuan illahi.

Puan Rosmala sekeluarga tinggal di taman Oakland berhampiran dengan tempat kedai makan mereka.Rumah yang mereka tinggal adalah rumah sewa dengan kadar bayaran sewa sebanyak rm 400 sebulan, juga mempunyai sebuah kereta kancil untuk urusan perniagaan dengan bayaran pinjaman sebanyak rm300 sebulan. Mempunyai anak seramai 6 orang yang mana 3 orang masih bersekolah lagi dan 3 org lagi membantu beliau di kedai makannya. Sememangnya yang amat mengharukan adalah sumber pendapatan keluarga ini seratus peratus bergantung kepada hasil perniagaan kedai makan mereka. kini, mereka benar-benar tiada tempat bergantung. Kebetulan pula, semua peralatan sekolah, pakaian-pakaian harian mereka sekeluarga juga disimpan di dalam kedai. Tanah yang mereka duduki ini juga adalah tanah TOL yang mana perjanjiannya telah hampir tamat. Kerugian punca daripada kebakaran ini menjangkau ke rm15,000.

Puan Rosmala yang ketika ditemui memberitahu bahwa dia adalah bekas ketua wanita UMNO Cawangan Kg Bukit Chedang. Beliau menyatakan perletakan jawatannya dalam UMNO adalah kerana ketidakpuasan hati UMNO yang semakin tidak relevan dalam memenangi hati rakyat. Berbagai-bagai penyelewengan dan salah laku yang dilakukan oleh pimpinan UMNO secara terang terangan mengakibatkan beliau nekad untuk keluar dari Parti UMNO.

Setelah berbincang dengan pimpinan AMKNS, maka keputusan kami adalah keluarga ini harus dibantu dengan kadar segera dan beberapa bantuan akan disalurkan sementara menunggu tindakan selanjut dari pimpinan Pakatan Rakyat dari DAP dan PAS. Tindakan selanjut akan dibincangkan dalam masa terdekat ini bagi pihak AMKNS sendiri akan berusaha untuk membantu sekadar kemampuan kami insyaallah...

Akhir kata, kepada sesiapa yang ada melayari blog kami ini, sekiranya ingin membantu sila hubungi saya Saufi pada talian yang dilampirkan di tepi blog ini. Bersamalah kita membantu mereka yang memerlukan, kelak akan dibalas Allah SWT samaada di dunia dan akhirat..

LWN TTP LWN!!!

sikit lagi....