Tuesday, September 29, 2009
Wednesday, September 23, 2009
Bantuan Susulan Dari Unit Amal Pas Kawasan Telok Kemang..
BISMILLAHHIROHMANNIRROHIM....
rabu / 23 Sept 2009 / 01.00 tghri...Sekumpulan petugas Unit Amal Pas Kawasan Telok Kemang telah datang berjumpa dengan Puan Rosmala untuk menyerahkan sedikit bantuan dalam bentuk pakaian buat mereka sekeluarga. Mereka menyatakan mendapat maklumat berkaitan kebakaran kedai ini setelah membaca blog AMKNS dan terus menghubungi Ketua Penerangan AMKNS untuk tindakan susulan. Kedatangan mereka ini juga adalah untuk mendapatkan maklumat berkaitan dengan bentuk bantuan yang akan disusulkan kepada Pas Peringkat Kawasan Seremban dan Negeri kelak.
Diharapkan agar lebih banyak pihak yang akan tampil untuk membantu keluarga Puan Rosmala dalam proses beliau untuk meneruskan hidup bersama keluarganya nanti insyaalah...
LWN TTP LWN!!!
sikit lagi....
Tuesday, September 22, 2009
Bantuan Segera Mangsa Kebakaran..Masih Memerlukan!!!
BISMILLAHIRROHMANNIRROHIM...
Selasa / 22 sept 2009 / 07.00 ptg... Wakil AMKNS telah menerima sedikit bantuan untuk mangsa kedai terbakar berupa barangan keperluan asas daripada seorang hamba Allah yang tidak mahu namanya diadvertisekan. AMKNS sendiri ada menghulurkan sumbangan sebanyak rm150.00 kepada ibu tunggal tersebut. Semasa menyerahkan sumbangan, Puan Rosmala tidak henti-henti mengucapkan terima kasih kerana sehingga ke hari ini, masih belum ada individu atau parti yang datang menjengok walaupun wakil dari Parlimen Rasah sekalipun. Sumbangan berbentuk pakaian juga amat diperlukan kerana semua pakaian mereka sekeluarga habis terbakar kerana pakaian disimpan didalam kedai makannya.
Hanya AMKNS sahaja yang menghulurkan bantuan ketika ini dan AMKNS sendiri amat mengharapkan agar kesemua parti dalam Pakatan Rakyat datang menjengok dan lihat apa yang harus dilakukan atau perlu dibantu terhadap Puan Rosmala sekeluarga. Jangan ketika hendak menghadapi pilihanraya baru barulah datang tergesa gesa untuk menghulurkan bantuan. Kita tidak mahu parti dalam Pakatan Rakyat ini dipandang sebagai parti hipokrit.
Esok kami dari AMKNS akan berjumpa parti PAS pula untuk memberitahu tentang isu ini dan mengharapkan agar mereka alert dengan perkara ini. Untuk memberi sumbangan kepada mangsa boleh hubungi saya sendiri atau terus ke sana berjumpa dengan Puan Rosmala.
LWN TTP LWN !!!!
sikit lagi....
Monday, September 21, 2009
Kedai Makan Ibu Tunggal Terbakar!!! AMKNS Turun Padang!!!
Bismillahhirrohmanirrohim...
Isnin / 21 Sept 2009 / 02.00ptg...Beberapa orang wakil dari AMKNS telah turun melawat mangsa kebakaran kedai makan( Puteri Tomyam )kepunyaan Puan Rosmala Mansor, seorang ibu tunggal di Permai Park berhampiran dengan KPJ hospital. Ketika kami sampai ke tempat kejadian, keadaan kedai telah 90 peratus terbakar dengan berbagai bagai peralatan dapur serta kelengkapan restoran telah habis dijilat api.
mengikut cerita Puan Rosmala, pada jam 11 malam semalam sebelum pulang dari kedai semuanya berada dalam keadaan baik dan sempurna tetapi pada jam 2 pagi salah seorang saudaranya menghubungi memberitahu bahawa kedai makannya telah terbakar dan mereka sekeluarga bergegas ke tempat kejadian. Malangnya tiada apa yang mereka boleh lakukan dan tiada apa yang sempat diselamatkan. mereka hanya boleh memandang dengan perasaan yang sedih dan redha dengan ketentuan illahi.
Puan Rosmala sekeluarga tinggal di taman Oakland berhampiran dengan tempat kedai makan mereka.Rumah yang mereka tinggal adalah rumah sewa dengan kadar bayaran sewa sebanyak rm 400 sebulan, juga mempunyai sebuah kereta kancil untuk urusan perniagaan dengan bayaran pinjaman sebanyak rm300 sebulan. Mempunyai anak seramai 6 orang yang mana 3 orang masih bersekolah lagi dan 3 org lagi membantu beliau di kedai makannya. Sememangnya yang amat mengharukan adalah sumber pendapatan keluarga ini seratus peratus bergantung kepada hasil perniagaan kedai makan mereka. kini, mereka benar-benar tiada tempat bergantung. Kebetulan pula, semua peralatan sekolah, pakaian-pakaian harian mereka sekeluarga juga disimpan di dalam kedai. Tanah yang mereka duduki ini juga adalah tanah TOL yang mana perjanjiannya telah hampir tamat. Kerugian punca daripada kebakaran ini menjangkau ke rm15,000.
Puan Rosmala yang ketika ditemui memberitahu bahwa dia adalah bekas ketua wanita UMNO Cawangan Kg Bukit Chedang. Beliau menyatakan perletakan jawatannya dalam UMNO adalah kerana ketidakpuasan hati UMNO yang semakin tidak relevan dalam memenangi hati rakyat. Berbagai-bagai penyelewengan dan salah laku yang dilakukan oleh pimpinan UMNO secara terang terangan mengakibatkan beliau nekad untuk keluar dari Parti UMNO.
Setelah berbincang dengan pimpinan AMKNS, maka keputusan kami adalah keluarga ini harus dibantu dengan kadar segera dan beberapa bantuan akan disalurkan sementara menunggu tindakan selanjut dari pimpinan Pakatan Rakyat dari DAP dan PAS. Tindakan selanjut akan dibincangkan dalam masa terdekat ini bagi pihak AMKNS sendiri akan berusaha untuk membantu sekadar kemampuan kami insyaallah...
Akhir kata, kepada sesiapa yang ada melayari blog kami ini, sekiranya ingin membantu sila hubungi saya Saufi pada talian yang dilampirkan di tepi blog ini. Bersamalah kita membantu mereka yang memerlukan, kelak akan dibalas Allah SWT samaada di dunia dan akhirat..
LWN TTP LWN!!!
sikit lagi....
Friday, September 18, 2009
GOTONG ROYONG BANJIR DI KG BAGAN PINANG...
BISMILLAHHIRROHMANNIRROHIM..
18 sept 2009 /Jumaat /03.00 ptg /.... sekumpulan petugas dari Unit Amal Seremban, Telok Kemang & Skuad AMKNS telah turun bergotong royong membersihkan kawasan dan rumah penduduk Bagan Pinang yg terlibat dengan banjir akibat dari hujan lebat yang tidak berhenti selama 3 jam berterusan. Skuad AMKNS juga turut menyumbangkan bekalan makanan keperluan yang disumbangkan oleh Ahli Parlimen Telok Kemang Dato'Kamarol Baharin kepada penduduk yang terlibat dengan banjir..
Program yang turut disertai bersama Adun Paroi Yb Taufik, Pesuruhjaya Pas Negeri Sdra Zulkifli Mohd Omar dan diiringi juga bersama YDP Kawasan Telok Kemang Tuan Hj Ramli Ismail itu mendapat perhatian penduduk kampung kerana ketika itu Menteri Pembangunan Wanita keluarga Dan Masyarakat Dato Shahrizat Abd Jalil juga turut hadir ke tempat kejadian. Gerombolan itu hanya memerhatikan saja kami bergotong royong sedangkan mereka hanya datang untuk berjumpa dengan penduduk dan terus pulang setelah mendengar masaalah sahaja. Secara tidak langsung, kemenangan moral yang pertama bagi Pakatan Rakyat dalam menghadapi PRK Bagan Pinang.
Ini adalah berikutan tindakan drastik pimpinan AMKNS spt Sdra Rebin dan Sdra Azizi yang mengarahkan jawatankuasa supaya turun padang bersama dengan Unit amal bagi menunjukkan semangat sebenar barisan pejuang Pakatan Rakyat dalam membela dan membantu rakyat yang berada dalam kesusahan. Insyaalah, program ini akan berterusan sehingga bila-bila dan kami sendiri yang berada dalam Jemaah AMKNS akan terus berkhidmat dan berjuang untuk rakyat.
LWN TTP LWN!!!!
sikit lagi!!!
Thursday, September 17, 2009
Gelombang Rakyat Bagan Pinang!!!!
syukur!!!! syukur!!!! syukur!!!!
alhamdulillah...
Walau berbagai dugaan yg dihadapi sepnjang merealisasikan program ceramah DSAI ke Bagan Pinang, akhirnya ia terlaksana dengan jaya dan cemerlangnya. Kerja keras semua pihak baik dari keluarga AMKNS itu sendiri dan pihak2 lain berjaya menobatkan PR adalah saingan yg paling ampuh buat UMNO Bagan Pinang khususnya.
Apa yg paling penting, semangat untuk mentsunamikan kubu BN bagan pinang ini diharapkan berterusan sehingga mereka (BN) akan tersadung jatuh dan terus lumpuh sampai bila2 insyaallah...
Senjata telah ada di tangan, Perisai telah dihiaskan di seluruh tubuh anggota badan, Rancangan telah dibincangkan, maka mahu tdk mahu, teruskan kehadapan dan rempuh segala rintangan tanpa ada sedikit pun kecacatan dalam iltizam utk menegakkan keadilan dan kebenaran..
Akhir sekali, ayuh! ayuh! ayuh! semua tentera penegak keadilan segera jalankan tanggungjawab kita sebagai mereka yang terpilih untuk melaksanakan tanggungjawab ini walau harus dibayar dengan darah sekalipun dengan semangat MEMBUJUR LALU MELINTANG PATAH!!!
LWN TTP LWN!!!
sikit lagi!!!
Wednesday, September 16, 2009
Ucapan Tahniah dari Ketua AMKNS
Sdr. Rebin Bin Birham mengucapkan penghargaan dan terima kasih kepada Majlis Kepimpinan Negeri Sembilan kerana memberi kepercayaan kepada AJK AMKNS sebagai pelaksana program Dato Seri Anwar Ibrahim semalam.
"Saya sebagai ketua Amkns mengucapkan tahniah dan ribuan terima kasih kepada semua petugas yang banyak membantu sama ada secara langsung ataupun tidak disepanjang program." ujar beliau.
Beliau berharap agar seluruh jawatankuasa dapat memberikan kerjasama yang lebih jitu dalam setiap program yang akan dilaksanakan oleh Angkatan Muda Negeri Sembilan. Harapan beliau agar program ini akan memberikan semangat dan iltizam di sepanjang kempen pilihan raya Bagan Pinang sehinggalah kita akan mencapai matlamat merampas Dewan Undangan Negeri tersebut.

Monday, September 14, 2009
Pemuda Umno: MIC biadab kecam Dr Mahathir
dipetik daripada Malaysiakini.com
Kecaman terhadap bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad pada perhimpunan agung MIC semalam adalah melampau danamat biadab, kata Naib Ketua Pergerakan Pemuda Umno Malaysia Datuk Razali Ibrahim.
Beliau berkata tindak-tanduk seumpama itu bukan budaya BN dan MIC perlu bertanggungjawab untuk mengambil tindakan.
"Tindakan perlu dikenakan oleh BN jika pimpinan MIC membiarkan perkara itu berlalu begitu sahaja."Ia mesti diambil demi menjaga kerukunan dalam BN," katanya dalam satu kenyataan.
Beberapa akhbar hari ini melaporkan bahawa Dr Mahathir telah dikritik para perwakilan MIC pada perhimpunan itu kerana dikatakan mencampuri urusan dalaman MIC serta menjatuhkan maruah presiden parti itu Datuk Seri S Samy Vellu.
"Pergerakan Pemuda Umno berpandangan bahawa tindak-tanduk sebegini tidak membantu mengalihkan pandangan masyarakat kepada kedudukan MIC yang sebenarnya," kata Razali, yang juga timbalan menteri belia dan sukan.
Kerukunan parti-parti komponen BN akhir-akhir ini telah diuji dan ia semacam petunjuk dari Tuhan. MCA terus berkonflik dalaman yang memperlihatkan pertentangan ketara antara kem Ong Tee Kiat dengan kem Timbalan Presiden MCA yang dipecat, Dr Chua Soi Lek. Apakah EGM MCA nanti bakal mencetuskan perpecahan kepada MCA?
MIC yang baru sahaja selesai pemilihan agungnya telah berselisih & "bersengketa" dengan Pemuda Umno...
Apakah BN mampu menanggani permasalahan & keributan politik yang sedang berlaku dalam BN? sedangkan Pilihanraya Kecil Bagan Pinang telah menanti.
Apakah pertarungan kali ini adalah penamat kepada BN khususnya Umno? Perhimpunan Agung Khas Umno akan berlangsung pada 13 Oktober 2009 iaitu dua hari selepas PRK Bagan Pinang. Bagaimanakah situasinya seandainya calon Umno tewas dalan pilihanraya yang menjadi penentu hidup mati Umno di arena politik Malaysia?
Pastinya rabak dan parah.

Sunday, September 13, 2009
Pindaan Umur: Pemuda Umno tetap TUA!
Oleh Zukri Aksah
BERA, Sept 11 – Diberitakan bahawa di negara-negara seperti Vietnam, Iran dan Turki, ketua-ketua pemuda parti politik mereka kebanyakannya hanya berumur di sekitar 25 hingga 30 tahun. Walaupun nampak agak muda, pandangan mereka tetap didengar oleh pemimpin tertinggi parti hanya berdasarkan satu sebab, hanya orang muda sahaja yang mampu memberi pandangan tentang kehendak orang muda.
Khairy Jamaluddin Abu Bakar, Ketua Pemuda Umno baru-baru ini menggesa supaya Pergerakan Pemuda Umno menghadkan syarat kelayakan umur kepada sesiapa yang mahu bertanding Ketua Pemuda Umno kepada 45 tahun berbanding tiada had umur sebelum ini.
Mengulas tentang ini, Rizan Haji Ali, Setiausaha PKR Cabang Bera berkata bahawa usul Khairy tersebut belum lagi menepati aspirasi dan ciri-ciri perjuangan pemuda, kalau sekadar menghadkan umur kepada 45 tahun.
Rizan yang juga pernah menerajui Angkatan Muda Keadilan Negeri Pahang menyifatkan, pemuda di era globalisasi dan ledakan maklumat ini lebih cepat matang dan tahu membuat keputusan serta menetapkan halatuju mereka. Bagi Rizan, Khairy sepatutnya mencadangkan had umur itu diturunkan lagi ke tahap takrifan umur pemuda sebenarnya.
Rizan yakin, andaikata had umur 45 tahun ini diterima oleh Umno sekalipun, Umno tetap masih terkebelakang dalam merumuskan satu tindakan perubahan wajar bagi memikat dan menarik kembali minat golongan muda untuk bersama dengan Pemuda Umno.
Rizan dalam kenyataannya jelas berbangga dengan perubahan yang telah dilakukan partinya. Sehingga kini, dalam pergerakan pemuda mana-mana parti politik, hanya sayap pemuda PKR iaitu Angkatan Muda Keadilan (AMK) Malaysia yang telah mewartakan syarat had umur 35 tahun ke bawah, bukan sahaja untuk keahliannya, bahkan untuk semua pemegang jawatan utamanya, dari Ketua AMK, Timbalan Ketua AMK, Naib-Naib Ketua AMK ke semua Exco AMK.
Tambah Rizan, apa yang dibuat oleh AMK ini adalah sesuatu yang cukup hebat dan dipandang tinggi. Lebih dari itu, ia benar-benar menuruti aspirasi perjuangan pemuda.
Sebab itu, simpul Rizan, cadangan yang dihasratkan oleh Khairy itu belum memadai untuk memenangi hati pemuda kerana sebenarnya tiada apapun yang boleh dikatakan perubahan atau pembaharuan dalam Umno.
Pemuda, jelas Rizan lagi, pada hari ini sudah ramai terkehadapan kerana pendidikan mereka, seharusnya mereka diberi dan berada di tempat selayaknya dalam hirarki kepimpinan. Namun, tegur Rizan, jangan pula mengajar mereka dengan kemewahan materi selama mereka berada di lingkungan kepimpinan itu, ia merosakkan.

11 Okt pilihan raya Bagan Pinang
Hari mengundi bagi pilihan raya kecil DUN Bagan Pinang di Negeri Sembilan ditetapkan pada 11 Oktober, sementara hari penamaan calon pula jatuhnya pada 3 Oktober ini.
Tarikh itu dimumumkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) selepas mesyuaratnya hari ini bagi membincangkan persiapan pengendalian pilihan raya kerusi itu di pejabatnya di Putrajaya pagi ini.
Seramai 13,664 pemilih layak menentukan calon parti yang bertanding - kemungkinan besar menyaksikan persaingan sengit antara BN dan PAS - termasuk 4,604 pemilih pos.

MAJLIS PIMPINAN KEADILAN NEGERI SEMBILAN SETUJU CALON PAKATAN RAKYAT DARI PAS UNTUK PRK N31 BAGAN PINANG
Majlis Pimpinan Negeri Sembilan telahpun membuat keputusan secara sebulat suara dalam satu mesyuarat khas bahawa sempena Pilihan Raya Kecil N31, Bagan Pinang, KEADILAN Negeri Sembilan bersetuju supaya calon Pakatan Rakyat yang bertanding adalah daripada PAS.
Dengan ini juga KEADILAN Negeri Sembilan akan menyokong sesiapa sahaja calon yang dipilih oleh pimpinan PAS pada pilihan raya tersebut nanti.
Yang lebih penting KEADILAN Negeri Sembilan akan memberi sokongan padu yang tidak berbelah-bahagi supaya kemenangan Pakatan Rakyat mempastikan kewujudan satu lagi tsunami atau gelombang kebangkitan rakyat.
KEADILAN akan menggerakkan seluruh jentera dan bekerjasama dengan parti-parti dalam Pakatan Rakyat selaras dengan perjuangan untuk menyuburkan semangat politik baru yang melangkaui fahaman perkauman sempit demi membina Negara Malaysia yang gemilang pada masa depan.
Keputusan ini diambil selaras dengan semangat Pakatan Rakyat yang saling bersepakat dalam apa jua keadaan demi memperjuangkan agenda rakyat.
DATO’ KAMARUL BAHARIN ABBAS
Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri
Parti Keadilan Rakyat Negeri Sembilan

KENYATAAN MEDIA
11 September 2009
Hari ini saya membuat laporan polis terhadap ugutan rogol yang dilemparkan kepada saya ketika dalam Majlis Dialog di antara penduduk Seksyen 23, Shah Alam dengan Kerajaan Negeri Selangor pada 5hb September lalu di MBSA, Shah Alam.
Adalah bukan hasrat saya untuk memanjangkan isu ini kerana fokusnya adalah isu sebenar yakni pemindahan kuil Seksyen 19, namun keputusan ini dibuat setelah hampir seminggu berlalu kerana kegusaran tentang keselamatan diri saya, keluarga serta pegawai saya makin hari makin bertambah memandangkan pihak polis belum lagi mengambil sebarang tindakan dalam perkara ini.
Saya telah hadir sebagai salah seorang panel dan wakil rakyat Dun Batu Tiga bagi menyelesaikan isu pemindahan kuil, namun telah menerima kata-kata kesat dan ugutan rogol daripada mereka yang cuba menimbulkan kekecohan dalam majlis tersebut.
Antara kata-kata kesat terhadap saya yang dikenalpasti ialah;
“Jalang!”
“Rodziah mengalahkan pelacur!” “Pelacur lebih baik dari kau!”
“Babi!”
“Sundal!”
“Kau jangan bersuara, Rodziah!”
Lemparan kata,”Aku akan rogol kau, Rozdiah!”
Intimidasi ini jelas adalah untuk memburukkan nama dan menghina saya. Saya berasa amat kecewa dengan sikap yang ditunjukkan oleh segelintir mereka ini sehingga merasakan keselamatan dan kehormatan diri saya terancam.
Kerisauan saya ialah: jika saya seorang Adun dan EXCO Kerajaan Negeri boleh dilemparkan kata-kata kesat and ugutan sebegini, apakah wanita-wanita lain akan terasa selamat menghadapi atau berurusan dengan mereka yang seperti itu?
Kekecohan yang ditimbulkan sepanjang sesi penerangan daripada Dato’ Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim, Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad, Dato’ Bandar dan saya sendiri selaku ADUN Batu Tiga juga memperlihatkan sikap tidak hormat kepada majlis tersebut serta pemimpin kerajaan negeri.
Kelakuan liar kumpulan kecil ini telah merosakkan majlis yang bertujuan untuk membuka ruang kepada penduduk berdialog secara berhemah. Tindakan mereka ini jelas bukan untuk berdialog tetapi mencemarkan kerajaan negeri dan nama individu atas agenda politik tertentu.
Selain klip video, ungkapan-ungkapan tidak bermoral itu telah didengar dan disaksikan oleh ramai penduduk, wartawan, dan para petugas keselamatan MBSA yang telah hadir melihat sendiri gelagat segelintir mereka yang memporak-perandakan majlis secara sengaja.
Kedurjanaan yang menganjur keburukan, membudayakan unsur keganasan, seksisme, dan menakut-nakutkan orang lain serta merosakkan keharmonian sesama insan yang telah ditunjukkan oleh golongan tersebut wajar diperangi dan dibanteras sehingga rakyat, khususnya wanita dikembalikan nikmat rasa selamat dan aman di mana-mana saja mereka berada.
RODZIAH ISMAIL
ADUN BATU TIGA
Merangkap
Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Wanita
Kebajikan, Sains, Teknologi, Inovasi dan Kebudayaan
Timbalan Ketua Wanita KEADILAN

PROGRAM JEJAK FAKIR 2009 BERSAMA AMKNS...
BISMILLAHHIRROHMANNIRROHIM....
syukur..!!! syukur..!! syukur..!! alhamdulillah...
selesai sudah program jejak fakir bagi tahun ini dan kemeriahannya amat dirasakan kerana penglibatan AMKNS , Dewan pemuda PAS kawasan Telok Kemang , dan kehadiran Ketua AMKNS sdra Rebin serta Chegubard MPP memberi perangsang kpd kami untuk teruskan program ini pada masa akan datang insyaallah...
tidak banyak yg perlu dihuraikan bagi perjalanan porgram ini, hanya selingan gambar-gambar yang boleh menceritakan keadaan program yang bakal menjadi satu inspirasi kpd sesiapa pun yg ingin bersama kami pada masa akan datang...
Akhir kata, bersama kita berjihad untuk merampas bagan pinang dari penguasa yang zalim dan toghut...
LWN TETAP LWN!!!
REFORMASI!!!!
REFORMASI!!!
REFORMASI!!!
sikit lagi....
Thursday, September 10, 2009
Wednesday, September 9, 2009
MESYUARAT KHAS GERAK KERJA PRK BAGAN PINANG....
bismillahhirrohmannirrohim.........
Alhamdulillah, segala puji bagi Allah kerana dengan limpah kurnia darinya dapat juga kami berhimpun untuk mendengar taklimat penyelarasan gerak kerja khas pilihanraya kecil Bagan Pinang malam tadi di Pejabat Perhubungan Negeri.
Sesi taklimat malam tadi juga dihadiri oleh beberapa orang pimpinan negeri antaranya Dato' Kamarol Baharin selaku Pengerusi Perhubungan Negeri, kekanda kami yang disyangi Abang Sabbarudin selaku Setiusaha Perhubungan Negeri juga Sdra Ibrahim Yusof Ketua Penerangan Negeri. Taklimat malam tadi dikepalai oleh Naib Ketua AMK Pusat Sdra Fariz Musa yang sanggup hadir dari jauh semata mata untuk menyampaikan gerak kerja yang lebih tersusun dan berkualiti dari segi perlaksanaannya.
Kehadiran yang agak ramai memberi keyakinan dan semangat baru kepada barisan kepimpimpinan negeri dan menyatakan kesanggupan mereka untuk sama-sama turun bertempur habis habisan demi satu matlamat menjatuhkan dan menjahanamkan Barisan Nasional di Bagan Pinang khususnya..
Ikrar AMKNS serta semangat " MEMBUJUR LALU MELINTANG PATAH" pasti akan disematkan serta terus disemadikan kedalam hati dan sanubari kami selaku Angkatan Muda Negeri Sembilan untuk memimpin Negeri Sembilan itu sndiri insyaalah.
buat mereka diluar, doa kalian amat diperlukan sepanjang masa demi kekuatan dan istiqamah kami dalam perjuangan itu tidak akan luntur sama sekali.....
LWN TETAP LWN!!!
REFORMASI!!!
REFORMASI!!!
REFORMASI!!!
sikit lagi...
Subscribe to:
Posts (Atom)