29 Ogos, Sabtu: Ampangan, Negeri Sembilan,
Angkatan Muda Negeri Sembilan yang diketuai saudara Rebin Birham selaku Ketua AMK negeri yang baru telah menggepalai satu program yang menjadi isu terhangat di negara kita ketika ini iaitu " MEMERDEKAKAN RAKYAT DARI H1N1".
Program yang disertai lebih kurang 50 orang unit skuad AMK negeri ini juga dimeriahkan bersama oleh Ketua Angkatan Muda Malaysia saudara Shamsul Iskandar Mohd Akin, Adun Ampangan YB Rashid Latiff dan ahli MPP Saudara Chegubard.
Program yang dimulai pada jam 4 ptg ini dimulai dengan memasang bendera Malaysia pada setiap kereta yang ada lalu berdekatan dengan kawasan program dan selepas itu bermulalah penyerahan penutup hidung, risalah pencegahan H1N1 dan juga diselitkan risalah berkaitan
pengkhianatan pemimpin pemimpin UMNO terhadap rakyat Malaysia ekoran tuduhan mereka terhadap pengkhianatan Dato Seri Anwar Ibrahim yang dilabelkan mereka sebagai Pengkhianat Bangsa.
Rata-rata pengunjung pasar ramadhan yang datang melahirkan kegembiraan kerana diberi topeng penutup hidung secara percuma serta pencegahannya memandangkan kerajaan hanya melaung laungkan kepada rakyat supaya peka dengan penyakit ini tetapi membiarkan rakyat ternanti nanti bantuan dan kaedah pencegahannya.
"Selepas ini, banyak lagi rancangan Skuad AMK Negeri yang akan dilancarkan dan digerakkan untuk kebaikan rakyat Negeri Sembilan dalam proses Pakatan Rakyat untuk memerintah Negeri pada PRU yang ke 13 nanti insyaallah" kata Ketua Penerangan AMK Negeri.